--

syukur Tuhan. aku sujud, menangis bersama Mu.
aku kenal itu. aku rasa itu. aku perihal itu. harus bagaimana lagi aku ceritakan? kau, kau dan engkau yang pernah pakai kanta mata aku saja tahu ini.


biar apa orang berkata, aku hati busuk?

*senyum..


aku faham ini. aku faham sungguh. aku mahu kau turut sama. rasa apa aku rasa.
Tuhan, Kau hadiah aku hati begini. Terima kasih.


aku sendiri pelik fikir perangai diri. apa benar aku buat ini semua?
tak terlintas semampu begini aku bikin semua ini.
terharu bila hati sempurna berbuat begini.


kau tahu sebab apa?
sebab kau.


bila orang bercakap, kalau berbuat satu-satu perkara, jangan disebut.
kerana aku belum penuh yakin, ini adakah aku?
manusia biasa-biasa, iman tak seberapa, tapi hanya cukup dengan sabar.
Tuhan beri aku percaya akan ini diri aku, tolong..


bila kau cakap aku bergelut dalam cerita lapuk, ingat.. kau belum pernah naik kuda yang aku tunggang.



faham itu cinta?


*angguk-angguk.


penutup cerita itu, cukup sekadar bait rangkap Rapuh-Opick ;


meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu




-RyN-